Kuiz Advokasi dan Kemerdekaan
25 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniBersempena dengan bulan merdeka tahun ini,Pusat Internet Kesedar Lebir telah menganjurkan kuiz advokasi dan kemerdekaan pada 24 Ogos 2019. Kuiz disertai seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan Lebir dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh.
Kuiz bermula pada pukul 10:00 pagi dan berakhir dengan sesi pembahagian hadiah pada pukul 12:00 tengahari. Taklimat advokasi diberikan terlebih dahulu sebelum kuiz bermula. Setiap peserta diberikan 2 set soalan kuiz yang bertemakan Klik Dengan Bijak (KDB) dan Hari Merdeka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: